Monday, March 2, 2009

DATO’ SHKORI DENGAN LABU-LABUNYA, BIARKAN, BIARKAN



Seorang Pegawai Kanan di Kelantan hanya mementingkan diri sendiri daripada mementingkan kebaikan jangka panjang untuk negeri Kelantan. Beliau terlibat secara terus melalui seorang yang muflis iaitu Encik Hoe Tin Tik.

Pegawai Kanan ini ialah Dato’ Shkori bin Mohamed, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Beliau bersubahahat dengan Hoe Tin Tik. Pengaruh Dato’ Shkori dan Hoe Tin Tik sungguh kuat sehinggakan Badan Pencegah Rasuah dan pihak Polis tidak berdaya melakukan apa-apa. Jika ini berterusan memang hancurlah negeri Kelantan. Beliau seperti duri dalam daging.

Dato’ Shkori mempergunakan nama Raja Perempuan Kelantan untuk menghalalkan perbuatannya.

Beliau juga pernah meluluskan sekeping tanah tanpa merujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan. Ini berlaku semasa beliau menjawat sebagai Ketua Jajahan Gua Musang.

Beliau dan Ho Tin Tik mempergunakan tanah kepunyaan Wan Taib seluas 2.6 hektar untuk menceroboh tanah kepunyaan Yayasan Kraftangan yang mengandungi tanah putih yang berkualiti tinggi. Tanah daripada Yayasan Kraftangan dikorek dan dilonggokkan di atas tanah Wan Taib. Jadi seolah-olah tanah Wan Taib mengeluarkan tanah putih yang berkualiti tinggi ini. Beliau dan Ho Tin Tik melalui Ceramic Material Supplies (CMS) telah menipu Yayasan Kraftangan dengan mengistiharkan feldspar ini adalah hasil daripada tanah Wan Taib yang seluas 2.6 hektar.

Jadi apa yang dibayar kepada Yayasan Kraftangan adalah sedikit jika dibandingkan dengan pengeluaran sebenarnya.

Yayasan Kraftangan adalah di bawah naungan Raja Perempuan Negeri Kelantan.

Oleh kerana kekebalan yang diperolehi oleh Tengku Hoe Tin Tik melalui pengaruh Dato’ Shkori bin Mohamed, CMS dengan beraninya menceroboh tanah simpanan Perhilitan untuk pemeliharaan rusa. Ini ada dilaporkan dalam New Straits Times, November 17, 2008, Prime New ms 15.

6 comments:

  1. Kepada pembaca budiman dan kepada orang yang mempunyai kuasa menyiasat.
    Apa dok nak tunggu lama bukti dan tuduhan dah ada tunggu apa lagi, Tuanku masih gerin, bertindaklah sekarang gunalah apa saja akta.
    Saya sangat sedih sekali apa yang berlaku di Kelantan dahlah kemiskinan banyak orang politik UMNO dan PAS banyak pentingkan diri tapi bukan Tok Guru.

    ReplyDelete
  2. Salah laku orang besar diKelantan terutama DO,ADO,Juru Ukur disemua pejabat tanah diKelantan banyak sangat berlaku, terutama diBachok dan P.Putih,

    Ada satu cerita di Bachok, seorang pegawai namanya Haji Hanif, telah melantik agen dia bernama Mat Kubang org Semerak mencari mangsa dikampong2 sambil menunjukkkan kawasan tanah kerajaan yang kosong dan mengambil diposit atas alasan untuk mendapatkan tanah tersebut, tapi semuanya penipu belaka.

    Diharap SJRM, menyiasat harta haji Hanif dan SS,
    HAPUSKAN RASUAH TANH DIKELANTAN, terutama Pejabat Daerah Bachok dan P.Putih

    ReplyDelete
  3. do/ado ada penaungnya.siapakah penaungnya? kebanyakan rakyat kelantan dah tau siapa penaung tapi memendam rasa dan hati

    ReplyDelete
  4. TANGKAP SAJA PENYELEWENG,HUMBAN MEREKA KE DALAM PENJARA,JANGAN MENANGGUNG LAGI PEGAWAI-PEGAWAI YANG BISA MERUGIKA,PECAT SAJA,PATUT LA... PKN BANYAK DUIT INI KERJANYA.

    ReplyDelete
  5. tuduh orang memang sedap ... betultak shaari?
    Kalau tak betul jadilah bahan bakar.......kat neraka.....kata org tua tua

    ReplyDelete
  6. salam...
    ada bukti ke atas tuduhan ni??
    tlg kemukakan

    ReplyDelete