Tuesday, March 17, 2009

Hukuman diterima Gobind setimpal : Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan keputusan Dewan Rakyat menggantung keanggotaan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) selama setahun adalah setimpal dengan tuduhan 'jahat' yang dikemukakannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamed Nazri turut menafikan pernah berbincang dengan Najib mengenai keputusan menggantung Gobind Singh.

"Saya berbincang dengan Speaker mengenai usul ini tetapi tidak berbincang dengan beliau (Najib).

"Tidak adil saya berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri kerana (usul ini) membabitkan beliau secara peribadi. Apa saja perbincangan (dengan Najib), orang akan melihat beliau mempengaruhi kerajaan," katanya.

"Kalau kali pertama kita tak ambil tindakan dan kali kedua dia buat perkara yang sama baru kita nak ambil tindakan, dia (Gobind) akan persoalkan kenapa kita tidak mengambil tindakan ketika pertama kali dia berbuat demikian," katanya lagi.

Beliau juga menjelaskan soal imuniti seseorang Anggota Parlimen adalah tidak berbangkit sama sekali dalam mengenakan sebarang hukuman ketika persidangan dewan berlangsung.

"Kita sekarang ini tak usah bangkit soal imuniti kerana imuniti itu releven kalau kita mahu juga nak dakwa dia (Gobind) di dalam mahkamah.

"Tapi dalam dewan kita punyai hak untuk bincang dan putus tentang penyalahgunaan keistimewaan seorang Anggota Parlimen dalam dewan,"

Gobind Singh ketika ditemui melahirkan kekecewaannya dengan keputusan itu di mana beliau tidak dibenarkan membela diri dan memberi penjelasan.

"Saya tidak membuat tuduhan melalui belakang (Anggota Parlimen) Pekan. Saya bertanya di hadapan untuk meminta penjelasan. Bagaimanapun, saya akan terus bekerja di kawasan saya," katanya.

No comments:

Post a Comment