Tuesday, March 17, 2009

DATO’ SHKORI MOHAMED, HOE TIN TIK DAN DATO’ KAMARUDIN AWANG, THE THREE STOOGES OF KELANTAN.


Dato’ Shkori patut diberi taitel “Raja” Shkori. Ini adalah kerana segala suruhannya tanpa dibantah oleh pegawai kerajaan yang lain. Misalnya Pengarah Tanah dan Galian (PTG) serta kakitangannya mengambil tindakan terhadap sebuah lombong Manganese di Gua Musang. Ini adalah atas titah perintah “Raja” Shkori. Pajakan Melombong ini akan dirampas dengan alasan tidak mengikut peraturan.

Pelik bin Ajaib, Dato’ PTG begitu strict menjalankan tugas sehinggakan Pajakan Lombong hendak dirampas. Padahal Dato’ PTG sendiri kelihatan berjumpa “Tengku” Ho Tin Tik untuk menerima “gaji” bulanan. Pelik juga bagaimana pegawai kerajaan boleh menerima gaji selain daripada kerajaan. Tetapi jika difikirkan tidak mustahil, kerana ia diberi oleh seorang yang berkuasa di Gua Musang iaitu “Tengku” Ho Tin Tik. Ia mungkin “halal” dan mungkin juga ada disebut dalam Perintah Am Kerajaan.

Dato’ PTG ini adalah anak didikan Raja Shkori, beliau juga bekas Ketua Jajahan Gua Musang. Dato’ Shkori sebagai Pegawai Kewangan Negeri (PKN) sekaligus ahli MMK dan Dato’ Kamarudin sebagai PTG, saling lengkap-melengkapi

Lagi satu peliknya, Pajakan Melombong belum dirampas, hulubalang-hulubalang di bawah Tengku Ho Tin Tik sudah membawa jentera-jentera ke kawasan tersebut untuk melombong. Ini juga mungkin lesen melombong mi segera telah dikeluarkan atas titah perintah Dato’ Shkori. Perkara ini boleh dilakukan oleh Hoe Tin Tik dengan perlindungan yang diberi oleh Pengarah Tanah dan Galian dan Pegawai-Pegawainya.

Maka lihatlah betapa berkuasanya Dato’ Shkori dengan anak didikannya di dalam Pejabat PTG dan juga di Pejabat Tanah. Beliau bertambah kebal dengan sokongan yang tidak berbelah bagi oleh “Tengku” Ho Tin Tik yang tidak berdaulat.

Puteri kesayangan Dato’ Shkori iaitu Nurul Huda juga sedang bekerja Pengurus Pentadbiran dengan Ceramic Materials Supply (CMS) di Gua Musang iaitu syarikat naungan “Tengku” Ho Tin Tik. Tujuannya adalah untuk memastikan habuan Dato’ Shkori dipenuhi oleh CMS. Bukannya untuk kepentingan Yayasan Kraftangan.

Pada masa yang sama, YB Dato’ Mohd Aiseri B. Alias selaku Setiausaha Kerajaan (SUK) turut menjadi mangsa kepada kerakusan Dato’ Shkori. Dato’ SUK telah dicerca dan diburuk2kan oleh Dato’ Shkori dari semua sudut dengan tujuan supaya Dato’ SUK meletak jawatan. Ini membuka lebuhraya baru untuk beliau memegang jawatan SUK dan secara tidak langsung menambah level kuasa yang sedia ada.

Cukup setakat ini untuk berseloroh. Dato’ Shkori dan Dato’ Kamarudin tidak layak menjadi pegawai awam, kerana kedua-dua mereka ini disyaki mengamalkan rasuah dalam kehidupan harian mereka. Kedua-dua mereka ini sanggup menjadi hamba kepada Ho Tin Tik, seorang muflis yang sanggup mencemarkan nama DYMM Raja Perempuan Negeri Kelantan.

2 comments:

  1. yang jahat selalu datang dengan fitnah. yang baik mengharapkan keredhaaan dan petunjuk Allah s.w.t

    ReplyDelete
  2. ... Dah rencana ni betul ke fitnah?....

    ReplyDelete