Monday, March 2, 2009

Nizar dihalang ke Pentadbiran Kerajaan

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan mengosongkan kediaman rasmi di Jalan Raja di-Hilir. Sebaliknya, beliau menjadikan kediaman itu sebagai pejabat.

Nizar memutuskan untuk menggunakan kediaman Menteri Besar kerana Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang beliau dan bekas ahli exco dari memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri semalam.

"Tidak perlu berpindah. Kami masih akan menggunakan bangunan ini sehingga Mahkamah memutuskan sebaliknya. Kemudian kami akan mematuhi keputusan itu." Katanya di dalam sidang akhbar di kediaman rasmi itu.

Sebelum itu pada lebih kurang jam 11 pagi, pasukan FRU yang ditempatkan di pintu pagar utama bangunan pentadbiran Negeri memberitahu Nizar bahawa dia dan ahli exco nya tidak dibenarkan untuk memasuki bangunan itu.

Bercakap kepada pemberita, Nizar memberitahu bahawa Hari Selasa adalah Hari Bertemu Pelanggan dan temujanji telah dimeterai bersama penduduk tempatan dan pelabur di pejabat mereka.

Apabila tidak dibenarkan masuk ke pejabat, Nizar berkata temujanji-temujanji itu akan diadakan di kediaman Menteri Besar.

"Esok (Rabu) adalah mesyuarat exco, dan kami mungkin tidak akan datang (ke bangunan pentadbiran kerajaan) kerana ingin mengekalkan keamanan dan keselamatan. Kami bukan datang untuk membuat masalah." Katanya.

Berterima kasih pada pegawai yang mengawal keselamatan di pagar, Nizar menambah, "Kami tidak mahu menimbulkan masalah. Yang kami tahu, kami masih kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat, jadi kami akan menyambung tugas kami."

Dia beredar pada jam 11.15 pagi.

Nizar berkata Pakatan dijangka akan memfailkan kes mahkamah untuk mencabar kesahan DAtuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Dia berkata kes itu akan menamakan ahli exco Dr Zambry sebagai plaintif dan mengesahkan bahawa nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak akan disebut.

"Persoalan itu tidak timbul," katanya.

Diminta untuk memberikan komen tentang angkat sumpah enam berbanding 10 ahli exco Barisan Nasional semalam, Nizar berkata: "Ini menunjukkan mereka tidak sah. Kerajaan yang penuh adalah yang benar-benar komited. Ia jadi begini kerana mereka (kerajaan Barisan Nasional) tidak diterima oleh rakyat.".

No comments:

Post a Comment