Tuesday, March 17, 2009

Tun M: Krisis Perak tidak ikut undang-undang


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengecam cara yang dilakukan Barisan Nasional (BN) untuk mengambil alih Perak.

"Kamu tidak boleh jatuhkan menteri besar atau perdana menteri tanpa undi tidak percaya di dalam dewan.

"UMNO-BN terlalu cuai dan tidak menunggu dewan, sebaliknya menggesa Sultan memecat menteri besar.

"Apa yang saya tahu, ia tiada dalam Perlembagaan Perak dan Persekutuan. Kerana ia mungkin menimbulkan konflik dengan undang-undang, kita dapati rakyat tidak akan patuh kerana kita bermula dengan langkah yang salah. Rakyat kini menentang kita," katanya.

No comments:

Post a Comment