Tuesday, March 17, 2009

Jins Shamsudin mahu tanding MT


Senator Tan Sri Jins Shamsudin menyatakan hasratnya bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi mewakili insan seni dan membolehkannya memperjuangkan nasib golongan seni di negara ini.

Beliau berkata, sejak UMNO ditubuhkan belum ada orang seni yang dilantik atau dipilih sebagai ahli MT.

"Ini peluang yang sangat baik kepada diri saya sekaligus memperjuangkan nasib kawan-kawan dalam bidang kesenian.

"Jadi dengan adanya saya di Dewan Negara di samping duduk di MT akan memberikan ruang dan peluang bagi saya meneruskan perjuangan bidang seni khususnya dalam industri perfileman, muzik dan lain-lain lagi," katanya.

Menurutnya, beliau akan mewakili keseluruhan penggiat seni di seluruh negeri memandangkan betapa perlunya kita mempunyai wakil di kalangan penggiat seni dalam MT UMNO.

"Justeru saya tawarkan diri untuk bertanding bagi mewakili para karyawan seni seluruh negeri," katanya.

No comments:

Post a Comment