Tuesday, March 17, 2009

Hukuman diterima Gobind setimpal : Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan keputusan Dewan Rakyat menggantung keanggotaan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) selama setahun adalah setimpal dengan tuduhan 'jahat' yang dikemukakannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamed Nazri turut menafikan pernah berbincang dengan Najib mengenai keputusan menggantung Gobind Singh.

"Saya berbincang dengan Speaker mengenai usul ini tetapi tidak berbincang dengan beliau (Najib).

"Tidak adil saya berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri kerana (usul ini) membabitkan beliau secara peribadi. Apa saja perbincangan (dengan Najib), orang akan melihat beliau mempengaruhi kerajaan," katanya.

"Kalau kali pertama kita tak ambil tindakan dan kali kedua dia buat perkara yang sama baru kita nak ambil tindakan, dia (Gobind) akan persoalkan kenapa kita tidak mengambil tindakan ketika pertama kali dia berbuat demikian," katanya lagi.

Beliau juga menjelaskan soal imuniti seseorang Anggota Parlimen adalah tidak berbangkit sama sekali dalam mengenakan sebarang hukuman ketika persidangan dewan berlangsung.

"Kita sekarang ini tak usah bangkit soal imuniti kerana imuniti itu releven kalau kita mahu juga nak dakwa dia (Gobind) di dalam mahkamah.

"Tapi dalam dewan kita punyai hak untuk bincang dan putus tentang penyalahgunaan keistimewaan seorang Anggota Parlimen dalam dewan,"

Gobind Singh ketika ditemui melahirkan kekecewaannya dengan keputusan itu di mana beliau tidak dibenarkan membela diri dan memberi penjelasan.

"Saya tidak membuat tuduhan melalui belakang (Anggota Parlimen) Pekan. Saya bertanya di hadapan untuk meminta penjelasan. Bagaimanapun, saya akan terus bekerja di kawasan saya," katanya.

DATO’ SHKORI MOHAMED, HOE TIN TIK DAN DATO’ KAMARUDIN AWANG, THE THREE STOOGES OF KELANTAN.


Dato’ Shkori patut diberi taitel “Raja” Shkori. Ini adalah kerana segala suruhannya tanpa dibantah oleh pegawai kerajaan yang lain. Misalnya Pengarah Tanah dan Galian (PTG) serta kakitangannya mengambil tindakan terhadap sebuah lombong Manganese di Gua Musang. Ini adalah atas titah perintah “Raja” Shkori. Pajakan Melombong ini akan dirampas dengan alasan tidak mengikut peraturan.

Pelik bin Ajaib, Dato’ PTG begitu strict menjalankan tugas sehinggakan Pajakan Lombong hendak dirampas. Padahal Dato’ PTG sendiri kelihatan berjumpa “Tengku” Ho Tin Tik untuk menerima “gaji” bulanan. Pelik juga bagaimana pegawai kerajaan boleh menerima gaji selain daripada kerajaan. Tetapi jika difikirkan tidak mustahil, kerana ia diberi oleh seorang yang berkuasa di Gua Musang iaitu “Tengku” Ho Tin Tik. Ia mungkin “halal” dan mungkin juga ada disebut dalam Perintah Am Kerajaan.

Dato’ PTG ini adalah anak didikan Raja Shkori, beliau juga bekas Ketua Jajahan Gua Musang. Dato’ Shkori sebagai Pegawai Kewangan Negeri (PKN) sekaligus ahli MMK dan Dato’ Kamarudin sebagai PTG, saling lengkap-melengkapi

Lagi satu peliknya, Pajakan Melombong belum dirampas, hulubalang-hulubalang di bawah Tengku Ho Tin Tik sudah membawa jentera-jentera ke kawasan tersebut untuk melombong. Ini juga mungkin lesen melombong mi segera telah dikeluarkan atas titah perintah Dato’ Shkori. Perkara ini boleh dilakukan oleh Hoe Tin Tik dengan perlindungan yang diberi oleh Pengarah Tanah dan Galian dan Pegawai-Pegawainya.

Maka lihatlah betapa berkuasanya Dato’ Shkori dengan anak didikannya di dalam Pejabat PTG dan juga di Pejabat Tanah. Beliau bertambah kebal dengan sokongan yang tidak berbelah bagi oleh “Tengku” Ho Tin Tik yang tidak berdaulat.

Puteri kesayangan Dato’ Shkori iaitu Nurul Huda juga sedang bekerja Pengurus Pentadbiran dengan Ceramic Materials Supply (CMS) di Gua Musang iaitu syarikat naungan “Tengku” Ho Tin Tik. Tujuannya adalah untuk memastikan habuan Dato’ Shkori dipenuhi oleh CMS. Bukannya untuk kepentingan Yayasan Kraftangan.

Pada masa yang sama, YB Dato’ Mohd Aiseri B. Alias selaku Setiausaha Kerajaan (SUK) turut menjadi mangsa kepada kerakusan Dato’ Shkori. Dato’ SUK telah dicerca dan diburuk2kan oleh Dato’ Shkori dari semua sudut dengan tujuan supaya Dato’ SUK meletak jawatan. Ini membuka lebuhraya baru untuk beliau memegang jawatan SUK dan secara tidak langsung menambah level kuasa yang sedia ada.

Cukup setakat ini untuk berseloroh. Dato’ Shkori dan Dato’ Kamarudin tidak layak menjadi pegawai awam, kerana kedua-dua mereka ini disyaki mengamalkan rasuah dalam kehidupan harian mereka. Kedua-dua mereka ini sanggup menjadi hamba kepada Ho Tin Tik, seorang muflis yang sanggup mencemarkan nama DYMM Raja Perempuan Negeri Kelantan.

Tun M: Krisis Perak tidak ikut undang-undang


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengecam cara yang dilakukan Barisan Nasional (BN) untuk mengambil alih Perak.

"Kamu tidak boleh jatuhkan menteri besar atau perdana menteri tanpa undi tidak percaya di dalam dewan.

"UMNO-BN terlalu cuai dan tidak menunggu dewan, sebaliknya menggesa Sultan memecat menteri besar.

"Apa yang saya tahu, ia tiada dalam Perlembagaan Perak dan Persekutuan. Kerana ia mungkin menimbulkan konflik dengan undang-undang, kita dapati rakyat tidak akan patuh kerana kita bermula dengan langkah yang salah. Rakyat kini menentang kita," katanya.

Responsibilities too heavy to cut salaries of GLC CEOs and Chairmen

Datuk Kong Cho Ha, the deputy finance minister said that the government will not be implementing any pay cuts including allowances for chairmen and CEOs of GLCs (Government Link companies) in light of the economic downturn. He said "If their responsibilities are not discharged well or targets are not met due to their weaknesses and inabilities then shareholders and the board of directors of GLCs can take appropriate action on them. The reduction in salaries and allowances based on something that had nothing to do with their performances or something out of their control was not fair and could adversely affect the performances of the companies in the long run. The quantums given were in line with skills, heavy responsibilities as well as high standards set by the shareholders and board of directors.”

Jins Shamsudin mahu tanding MT


Senator Tan Sri Jins Shamsudin menyatakan hasratnya bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi mewakili insan seni dan membolehkannya memperjuangkan nasib golongan seni di negara ini.

Beliau berkata, sejak UMNO ditubuhkan belum ada orang seni yang dilantik atau dipilih sebagai ahli MT.

"Ini peluang yang sangat baik kepada diri saya sekaligus memperjuangkan nasib kawan-kawan dalam bidang kesenian.

"Jadi dengan adanya saya di Dewan Negara di samping duduk di MT akan memberikan ruang dan peluang bagi saya meneruskan perjuangan bidang seni khususnya dalam industri perfileman, muzik dan lain-lain lagi," katanya.

Menurutnya, beliau akan mewakili keseluruhan penggiat seni di seluruh negeri memandangkan betapa perlunya kita mempunyai wakil di kalangan penggiat seni dalam MT UMNO.

"Justeru saya tawarkan diri untuk bertanding bagi mewakili para karyawan seni seluruh negeri," katanya.

Monday, March 2, 2009

Kebaikan Pas Perak menyertai BN, kata Mukhriz


Kebaikan PAS Perak untuk menyertai Barisan Nasional (BN) bagi memperkuatkan persatuan Melayu untuk memantapkan kerajaan yang dibentuk di dalam negara, kata anggota jawatankuasa Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir .

Mukhriz, yang juga merupakan Anggota Parlimen dari Jerlun, mengatakan PAS harus mempertimbangkan satu alternatif dalam gabungan kursi dari BN, PAS dan Bebas di Perak dalam majlis pembentukkan kerajaan yang kuat dalam negara.

"Jika budaya Melayu disatukan, semua rakyat di Malaysia akan mendapat keuntungan," katanya kepada wartawan dari Persatuan Down Syndrom Malaysia sempena pelancaran gala makan malam, Isnin kelmarin.
Mukhriz berkata dalam kemelut huru - hara politik di Perak peralihan kuasa dari Pakatan Rakyat telah diambil ahli oleh BN.

Dalam undian pemilihan akhir Mac, PAS memenangi enam kerusi, PKR (7) dan 18 DAP untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Sementara BN memenangi 28 kerusi.

Namun, pembelotan berlaku dari peringkat gabungan menyebabkan persatuan kehilangan majoriti 59 kerusi dan membolehkan BN untuk mengambil alih.

Mukhriz juga mendesak ketua DAP Karpal Singh untuk menghentikan perancangan untuk mengambil tindakan undang - undang terhadap Sultan Azlan Shah di Perak dan menerima kenyataan bahwa BN telah mengambil ahli tampok pemerintahan di Perak.

DATO’ SHKORI DENGAN LABU-LABUNYA, BIARKAN, BIARKAN



Seorang Pegawai Kanan di Kelantan hanya mementingkan diri sendiri daripada mementingkan kebaikan jangka panjang untuk negeri Kelantan. Beliau terlibat secara terus melalui seorang yang muflis iaitu Encik Hoe Tin Tik.

Pegawai Kanan ini ialah Dato’ Shkori bin Mohamed, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Beliau bersubahahat dengan Hoe Tin Tik. Pengaruh Dato’ Shkori dan Hoe Tin Tik sungguh kuat sehinggakan Badan Pencegah Rasuah dan pihak Polis tidak berdaya melakukan apa-apa. Jika ini berterusan memang hancurlah negeri Kelantan. Beliau seperti duri dalam daging.

Dato’ Shkori mempergunakan nama Raja Perempuan Kelantan untuk menghalalkan perbuatannya.

Beliau juga pernah meluluskan sekeping tanah tanpa merujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan. Ini berlaku semasa beliau menjawat sebagai Ketua Jajahan Gua Musang.

Beliau dan Ho Tin Tik mempergunakan tanah kepunyaan Wan Taib seluas 2.6 hektar untuk menceroboh tanah kepunyaan Yayasan Kraftangan yang mengandungi tanah putih yang berkualiti tinggi. Tanah daripada Yayasan Kraftangan dikorek dan dilonggokkan di atas tanah Wan Taib. Jadi seolah-olah tanah Wan Taib mengeluarkan tanah putih yang berkualiti tinggi ini. Beliau dan Ho Tin Tik melalui Ceramic Material Supplies (CMS) telah menipu Yayasan Kraftangan dengan mengistiharkan feldspar ini adalah hasil daripada tanah Wan Taib yang seluas 2.6 hektar.

Jadi apa yang dibayar kepada Yayasan Kraftangan adalah sedikit jika dibandingkan dengan pengeluaran sebenarnya.

Yayasan Kraftangan adalah di bawah naungan Raja Perempuan Negeri Kelantan.

Oleh kerana kekebalan yang diperolehi oleh Tengku Hoe Tin Tik melalui pengaruh Dato’ Shkori bin Mohamed, CMS dengan beraninya menceroboh tanah simpanan Perhilitan untuk pemeliharaan rusa. Ini ada dilaporkan dalam New Straits Times, November 17, 2008, Prime New ms 15.