Wednesday, January 14, 2009

Sime Darby batal niat kuasai IJN

Written by Syah
Wednesday, 07 January 2009 08:34

Sime Darby Bhd mengumumkan yang mereka tidak akan meneruskan hasrat bagi menguasaia kepentingan ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN). Keputusan itu dicapai setelah mengambil maklum balas oleh orang awam dan cadangan yang diterima. Sebelum ini kerajaan membenarkan Sime Darby membuat rundingan dengan Kementerian Kewangan bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan berkata : "Kami merupakan syarikat yang pemegang sahamnya mewakili lebih 10 juta rakyat Malaysia dan kami perlu menghormati hasrat rakyat untuk IJN kekal dalam struktur sedia adanya.” "Kami percaya bahawa pelaburan yang berterusan dalam penjagaan kardiovaskular adalah penting kerana ia merupakan penyebab utama kemasukan ke hospital dan satu daripada sebab utama kematian di Malaysia," kata presiden kumpulan Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid. –Malaysia Today


No comments:

Post a Comment