Wednesday, January 14, 2009

Kontraktor kelas F tak terjejas – Najib

Written by Syah
Sunday, 11 January 2009 16:24

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kontraktor kelas F di seluruh negara tidak akan terjejas dan akan dijaga oleh kerajaan walaupun sedang menghadapi masalah kewangan dunia. Beliau menyatakan pakej rangsangan ekonomi memperuntukkan sebanyak RM900 juta bagi mewujdukan projek –projek kepada kontraktor kelas F.

"Kita akan pastikan negara tidak turut terjerumus dalam kemelesetan ekonomi sepertimana yang dialami kebanyakan negara termasuk di Eropah. Kita nak ada juga pertumbuhan, walaupun tak tinggi, kerana krisis yang dialami ini, kita nak sekurang-kurangnya ada pertumbuhan di negara kita," katanya. Ianya adalah berikutan pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan bagi menghadapi masalah kemelesetan ekonomi. –Malaysia Today

No comments:

Post a Comment