Wednesday, January 14, 2009

K.Terengganu : 1,302 kertas undi pos diedar

Written by Syah
Sunday, 11 January 2009 16:31

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mula mengedarkan 1,302 kertas undi pos bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini. Pengarah Pilihan Raya negeri, Mohd Noor Daud memaklumkan 1,001 kertas undi dikeluarkan kepada polis, 27 anggota tentera, 7 pelajar di luar negara dan 267 kepada petugas pilihan raya.

Polis akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri manakala tentera di 23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di Jalan Pusara. "Polis dan tentera telah mengambil kertas undi pos tersebut di pejabat Pengurus pilihan raya hari ini dan proses pengundian pada Isnin ini. Sebahagian kertas undi pos telah diserahkan kepada Pejabat Pos untuk dihantar kepada petugas-petugas pilihan raya dan pelajar di luar negara mengikut alamat yang diberikan," katanya. –Malaysia Today

No comments:

Post a Comment