Wednesday, January 14, 2009

Pulau barangan Amerika – Nik Aziz

Written by Syah
Friday, 09 January 2009 18:10

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap rakyat menyokong usaha pertubuhan bukan kerajaan dan individu tertentu dalam memulaukan barangan buatan Amerika Syarikat dan rakan sekutunya Israel bagi memerangai kezaliman rejim itu di Palestin. Beliau turut berharap agar rakyat Malaysia tidak menggunakan Dolar Amerika dalam berurus niaga.

"Mulai hari ini, kita jangan beli barang-barang mereka dan jangan guna dolar Amerika dalam urus niaga harian," katanya. Beliau menegaskan kini adalah masanya untuk masyarakat sedunia untuk mengajar kuasa besar dunia dan menyokong rakyat Palestin yang tertindas. –Malaysia Today

No comments:

Post a Comment