Wednesday, January 14, 2009

BPR DI MANAKAH ANDA? PEGAWAI KERAJAAN SELEWENG GUNA NAMA ISTANA

Di negeri Kelantan sudah diketahui sekian lama tentang seorang kakitangan kanan kerajaan negeri Kelantan menggunakan nama Istana Negeri Kelantan untuk kepentingan dirinya. Beliau salahguna kuasa untuk merampas tanah orang-orang kampung di Gua Musang bagi diusahakan sebagai lombong feldspar. Lombong lain yang sedang beroperasi juga dirampas untuk diberi kepada syarikat di mana beliau ada kepentingan. Beliau adalah Dato’ Shkori bin Mohamad (Pegawai Kewangan Negeri Kelantan) dan beliau disokong oleh seorang pengusaha yang muflis iaitu Encik Hoe Tin Tik.

Disebabkan perbuatan Dato’ Shkori, Kerajaan Kelantan terpaksa menghadapi tindakan mahkamah daripada sebuah syarikat kepunyaan pelabur daripada Australia. Melalui “kebijaksanaan” Dato’ Shkori beliau menasihati kerajaan negeri bahawa pelabur Australia telah melakukan kesalahan dan patut dihukum. Hukuman dijatuhkan dengan merampas tanah lombong yang diusahakan oleh pelabur Australia. Rampasan ini dilakukan tanpa merujuk dengan rapi kepada peruntukan dalam perundangan Mineral Negeri Kelantan.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakan ini adalah kehendak Istana Negeri Kelantan.

Orang biasa di Kelantan sudah arif dengan telatah Dato’ Shkori dan beliau menggunakan nama Istana sewenang-wenangnya. Tujuannya adalah supaya kehendaknya tidak ada bantahan.

Pelabur Australia tidak ada jalan lain dan terpaksa mengambil tindakan mahkamah. Perbuatan Dato’ Shkori serta kuncu-kuncunya tidak menurut undang-undang dan lambat laun pihak perundangan akan memahami keadaan sebenar dan Kerajaan Kelantan besar kemungkinan mengalami kerugian. Pelabur Australia menuntut pampasan berjuta-juta ringgit. Apabila ini berlaku, kerajaan Kelantan boleh kerugian tanpa sebab dan sekaligus Pelabur asing akan takut datang ke Kelantan. Juga tidak semena-mena nama Istana Negeri Kelantan juga akan tercemar tanpa sebab.

Laporan akhbar New Straits Times bertarikh 17 November 2008 ada kaitan.

Adakah disebabkan Kelantan diperintah oleh kerajaan Pas, maka Badan Pencegah Rasuah tidak ambil pusing tentang penyelewengan yang berlaku di Kelantan? BPR sepatutnya membantu kerajaan supaya tidak berlaku penyelewengan oleh kakitangan kerajaan sendiri. Apa yang berlaku di sini, rakyat dianiaya dan nama Istana juga terpalit disebabkan oleh sifat tamak haloba seorang kakitangan awam.

No comments:

Post a Comment